Mengenal Pasti Hutang Yang Baik:Pelaburan Hartanah Untuk Disewa

Beberapa bulan lepas  ... alhamdulillah aku baru tahu untuk mengenal  pasti hutang yang baik...

Apabila memahami bgaimana wang itu bekerja... maka...

Hutang yang sebelum ini menjadi beban bukan beban lagi tetapi  sebagai sumber pendapan cash flow...

Membeli rumah yang mahal untuk duduk sendiri adalah antara hutang yang akan membebankan .... dah menyebabkan kita tidak mampu keluar daripada keadaan selesa kerja dengan gaji yang ditawarkan (seniority)...


Akhirnya terpaksalah terperangkap dengan "rat-race" ... gaji masuk, hujung bulan bayar bil...

Tetapi jika kita membeli dan membuat pinjaman untuk pembiayaan hutang rumah untuk disewa... apa yang akan kita perolehi adalah "cash-flow" ... lebihan duit sewa selepas membayar komitmen hutang bank akan dikira sebagai lebihan dan income ...

Jika perjanjian sewa di buat dan untuk permohonan loan seterusnya insyaAllah tiada masalah...

Kerja kita hanya monitor duit masuk daripada penyewa.

Itu sahaja dan pastikan tambah nilai sewa dengan condition rumah sewa yang selesa dan selamat. Tambahan nilai ini akan secara automatik menaikkan harga sewa rumah tersebut.


Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan untuk memulakan pelaburan hartanah ini.
1. Ilmu untuk mendapatkan rumah dibawah harga pasaran atau lebihan duit daripada pembeli asal
2. Apakah ciri-ciri hartanah yang penyewanya tidak akan putus-putus.
3. Proses-proses yang perlu dilalui untuk mendapatkan rumah tersebut sehingga selesai.
4. Bagaimana untuk mengiklan/ pengurusan rumah sewa.
5. Bertindak mengambil risiko dan kurangkan resiko dengan kajian/memahami pelaburan dengan betul


P/s: Kalau dapat submit satu paper bulan ni aku nak be beli rumah lagi....xsabaq ... memanipulasikan sistem alrahnu dan beli rumah

SHARE ON:

Hii, I'm a freelance gostwritter. Setup this blog hanya untuk perkongsian informasi, luahan perasaan dan bebelan kosong semata-mata. Boleh komen kat bawah ye for any feedback (",). Chill!

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment