SEMBANG
Di Malaysia, bermacam-macam produk
pelaburan (sah atau tak sah, halal atau haram) berada di pasaran.
Tetapi, tidak banyak yang benar-benar miliki ciri-ciri UNGGUL &
SEMPURNA sebagai produk pelaburan yang SELAMAT,DIPERCAYAI, KURANG
RISIKO, PULANGAN TINGGI ibarat jongkong emas yang menjadi rebutan para
pelabur. Logiknya, adakah produk seperti itu? Jika ada kenapa saya tidak
tahu mengenainya? Jawapannya- YA. Saham Anggota Bank Rakyat. Kenapa
anda jarang mendengarnya kerana “mana mungkin jongkong emas boleh
diperolehi tanpa kita mencari dan menggalinya” .
Saham Bank Rakyat telah diperkenalkan
sebagai instrument pelaburan kepada ahli-ahlinya (jangan lupa Bank
Rakyat adalah sebuah
koperasi dalam bentuk perniagaan Bank). Mengapa ia menjadi rebutan para pelabur? Jawapannya – Kadar Dividen konsisten diantara 15%-30%. Ya,kadar 30% pernah dibayar dan ia telah dibayar pada masa pasca kegawatan 1998 !!. Cuma kini, kadar dividen adalah ‘terkawal’ kerana perhatian melampau oleh para pelabur telah membuatkan pihak berkuasa kewangan ‘memantau dan mengawalnya’. Lantaran itu, berduyun-duyun dan berebut-rebutlah sekian umat Malaysia cuba mendapatkannya. Namun, saiz modalnya (RM 2 Billion) telah penuh pada tahun 2004. Maka ramailah yang kecewa kerana gagal mendapatnya sehingga sanggup masuk QUE dan WAITING LIST. Ibarat 2 buah bas yang telah penuh (1 bas berkapasiti 1 Billion seat), para pelabur sanggup menunggu jika ada penumpang yang akan turun. Tunggu punya tunggu, jangan harap diorang nak turun . Dan selepas 7 tahun menunggu kelulusan menambah saiz modal saham (mintak bas baru) dari pihak berkuasa kewangan, pada 6/04/2011 khabar yang ditunggu tiba jua!

Bank Rakyat telah diluluskan menambah
saiz dana saham dari RM 1 billion lagi (kini menjadi RM 3 billion).
Sejak post ini ditulis, Fenomena Bank Rakyat Mania terus melanda seluruh
negara. Mana-mana sahaja kaunter Bank Rakyat penuh sesak dengan orang
ramai yang memberi peluang kepada sesiapa yg ingin menambah pelaburan di
dalam saham Bank Rakyat ini. Peluang ini mesti akan menjadi rebutan org
ramai memandangkan ianya adalah terhad kerana cuma ‘SEBUAH BAS SAHAJA’
yang ditambah dengan 1 Billion seat untuk direbut.
Anggota Baru- Hanya Pelaburan minimum
dibenarkan RM 500/1 unit sahaja. Ini untuk memberi keadilan dan
pengagihan saksama serta sama rata kepada semua golongan terutama
golongan Bumiputera berpendapatan rendah.
Anggota sediaada – Juga hanya penambahan
pelaburan minimum dibenarkan RM 500/1 unit sahaja untuk memberi keadilan
dan pengagihan saksama serta sama rata kepada semua golongan.
TETAPI, jika anda ingin membuat pelaburan lebih RM 500/ 1 unit, juga BOLEH.
Tetapi, permohonan akan dihantar ke Ibupejabat untuk mendapat kelulusan
bergantung kepada ‘keadaan kekosongan (availability) baki saham’. Jadi,
tetap ada peluang untuk mendapatkannya lebih lagi.
Jadi anda sebagai Bumiputera Melayu
Islam, rebutlah peluang ini untuk membuat pelaburan di Bank Rakyat
walaupun sekadar RM500 pun cukup la daripada tak ada langsung. Jika anda
masih muda, masih panjang lagi tempoh masa untuk merebut lagi pada masa
akan datang.
RM 500 – 15% = RM 75. RM 10,000 – 15% = RM 1,500. RM 100,000-15%= RM 15,000.
Selamat Maju Jaya dan Selamat Melabur
untuk seluruh rakyat Malaysia. JADILAH PELABUR BIJAK DAN BERILMU KERANA
DENGAN HANYA BERILMU ANDA MENJADI BIJAK dengan memilih pelaburan yang
tepat.
Sumber: BijakNiaga
Menarik ni. saya pun beli juga saham bank rakyat yang minimum..asalkan ada je dulu.
ReplyDelete