Kongsi Cerita Seorang Penoreh Getah Dan Tips Menoreh Getah~

By Azhariyman

Kebun getah walaupun nampak tenang tetapi menyimpan sejuta kenangan dalam hidupku
Mungkin anda hairan mengapa entry kali ini aku ingin sangat ceritakan tentang 'kisah seorang penoreh getah'. Siapakah sebenarnya penoreh getah itu?? Errrkk pelik tapi benar, sememangnya AKULAH pelakon dalam pentas hidup si penoreh getah itu!! Aku bersyukur kerana nilai setitik susu getah itulah aku membesar dari kecil sampai sekarang, hasil daripada pengorbanan orang tuaku. Terima kasih ibu atas segala-galanya. Jasa dan pengorbananmu tiada bandingannya.
Setiap kali cuti sekolah pada hujung minggu aku dan adik beradikku yang lain pasti akan tolong mengutip sekerap( getah yang telah beku). Pagi itu kami semua mesti pakai 'uniform' masing-masing untuk melangkah ke kebun getah. Rindunya pengalaman mengutip sekerap dulu bersama kaksya, aiman, azam dan syafiq. Tambah pula sebelum pergi mesti gaduh-gaduh dengan mereka sebab terpaksa kejutkan mereka dari tidur. Yelah time cuti sekolah ni bebudak sekolah pun nak berehat juga, ni tak pasal-pasal pula kena buat kerja. Dah la jangan nak merungut sangat, baik pergi tolong mak dapat juga pahala.
Kesian melihat ibuku yang mengerah keringat dalam kebun getah itu, semasa berada di tingkatan tiga aku pun cuba menjinakkan diri dalam dunia penoreh getah. Niat aku cuma satu je,"nak tolong ringankan beban mak"!! Mula-mula aku ingat mak aku tak bagi sebab takut rosakkan pokok getah orang tapi alih-alih dia pula sudi nak ajar aku menoreh getah. hahah memang sporting habis la mak aku nih.hehe Selepas itu bermulalah sebuah episod baru bagiku sebagai seorang penoreh getah paling muda di kampung itu. Setiap hujung minggu aku pasti akan belajar toreh satu pokok getah besar kat belakang rumah tu. Bila dah mahir baru aku dibenarkan menoreh pokok getah yang lain.

Pokok getah di luar pagar 
Ambil pisau tolong torehkan 
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Nah ambik kau siap ada pantun lagi. Khas buat diri ini yang masih belajar menoreh getah pada ketika itu. Tidak salah menggalakkan anak muda yang ingin mencuba sesuatu yang baru asalkan perkara yang ingin dicuba itu adalah baik dan tidak bertentangan dengan hukum syarak. Dalam bab-bab menoreh pokok getah ni aku pun tak tahu kenapa aku cepat belajar. Bukan senang nak menoreh dengan betul tanpa melukai batang getah kalau kita tidak mempunyai skill dan kesabaran.

Bak kata orang "Torehan yang sempurna adalah torehan yang mempunyai luka yang paling minimum pada pokok getah tetapi mengeluarkan hasil yang maksimim". Torehan mestilah tidak terlalu dalam sehingga terpotong lapisan dalam batang pokok getah dan tidak terlalu cetek sehingga susu tak keluar banyak dan ianya hendaklah sedang-sedang. 

Kelengkapan Penoreh Getah

 Nak pegang Mic kerr Pisau Toreh Getah ni??

Nak pakai macam kat atas tu pun takda hal asal selesa je tapi aku pakai simple je sekadar baju lengan panjang, seluar panjang dan selipar jepun. Ye pakaian menoreh aku memang comot. Dah la lusuh dan kadangkala berbau getah. Kalau anda nampak aku masa dalam uniform menoreh getah pasti anda tak perasan itu adalah aku. Tak sangkakan budak metro sorang ni pun sebenarnya pandai menoreh juga.hihi
sepasang kasut getah untuk lebih selesa.
dan yang paling penting ialah....
Pisau toreh getah!!
Sekarang harga pisau toreh getah pun dah naik sampai ada yang mencecah ratusan ringgit(yang grade A la) tapi aku guna yang biasa je harga tak lebih dari RM20. Pisau toreh getah ni ada pelbagai design dan kualitinya mengikut jenis besi yang digunakan. Kalau besinya bagus mahal la sikit tapi tak pe sebab untungnya mata pisau tu tajam dan tahan lama. 
Torehan pertama pada pokok getah (orang panggil "buka jalan")
Cara-Cara Menoreh Getah,18SG!!!!!
  1. Pegang pisau toreh getah mengikut keselesaan menggunakan kedua-dua belah tangan anda.
  2. Buat satu vertical line at the lateral site menggunakan pisau toreh(nak bagi sama untuk penorehan  berikutnya)
  3. Toreh kulit pokok getah start dari superior of the vertical line dan terus toreh secara oblique sampai separuh diameter pokok( mengikut surface anatomy of that tree la)
  4. Buat satu lagi vertical line kat hujung oblique line itu dalam 30cm ker tapi jangan la panjang sangat nanti lama pulak masa diambil untuk susu getah travel ke mangkuk getah.
  5. Perhatikan la flow susu getah tu dan letakkan "sudu getah" kat hujung vertical line tu. Make sure ianya betol-betol masuk dalam mangkuk getah.
Jarak antara sudu getah dan mangkuk getah tidak terlalu jauh.
Perhatikan gambar rajah ini, ada satu vertical line dan di hujung line itu kene lekatkan sudu getah dengan mengetuk sudu getah menggunakan pisau toreh.
Biasanya orang letak je sisa kulit getah tu kat dalam mangkuk tu nak bagi berat sikit susu getah bila dah kering nanti.
Bila dah penuh mangkuk tu kena la buang sekerap itu dan letak kat tepi.

Cabaran-Cabaran Menoreh Getah


Sudah menjadi lumrah kehidupan bagi setiap perkara itu pasti terselit cabaran dan rintangannya. Untuk menjadi seorang penoreh getah profesional kita hendaklah melepasi segala onak duri semasa berada dalam kebun getah. Tahukah anda apakah cabaranya?? Hermm mesti la kat dalam kebun tu banyak pacat.hehe kalau hujan lagi la penuh kat semak tu pacat-pacat kecil dan besar. Tapi bagi aku dah lali dengan pacat tuh, sekali dia gigit aku memang maut la jawapnya!




Hujan juga adalah inhibitor penoreh getah kerana pokok getah yang basah tu akan menyebabkan hasil torehan akan mengalir bukan pada tempatnya dan tidak masuk ke mangkuk getah. Next kat sana ada baaaaanyak nyamuk. Sebab itu la kadang-kala aku pun bawak juga ubat nyamuk( letak dalam bekas dia dan gantungkan di pinggang). Most of the time aku tak bawak pun ubat nyamuk sebab dah biasa digigit nyamuk. Lagi pun tubuh kita kan ada hormon erythropoeitin yang boleh menghasilkan haemoglobin dengan segera.
Nak tahu lagi tak? Okey kat kebun getah tu ada ancaman binatang buas. Ni kalau kebun getah itu berada di kawasan jauh dari jalan raya dan dekat dengan hutan. Kalau tak berhati-hati silap hari bulan memang kena tibai dengan harimau, tak pun babi hutan. Aku pun pernah terserempak dengan babi hutan yang hodoh nih. Cabaran seterusnya ialah susu getah itu sendiri kerana baunya yang tidak menenangkan dan melekat-lekat(bila sudah kering la). Yang ni memang kena sabar la sikit sebab terpaksa menahan bau busuk susu getah yang sudah beku terutamanya bila nak mengutip getah. Kadang-kadang getah yang beku itu melekat kuat sangat dengan mangkuk getah sampai susah nak cabut tapi nak bagi senang aku pecahkan je mangkuk getah tu, habis cerita!
Inilah akan jadi kat pokok getah kalau toreh main taram je.
Kadang-kala susu getah mengalir ikut dang jerr especially bila hujan.


Masa habis Form 5 dulu aku teringin sangat nak bekerja kat luar macam jadi salesman kat supermarket ke, kerja kat kedai makan kerr tapi mak aku tak bagi sebab dia nak aku tolong dia menoreh getah. Sebagai anak yang baik( hehe perasan pulak mamat nih) aku mengikut saja arahan mak aku. Kali ini aku betol-betol jadi penoreh getah yang sejati dimana tiap-tiap hari aku akan keluar menoreh seawal pukul TIGA PAGI atau pukul 4 pagi berbekalkan lampu suluh. Orang Kelantan cakap "gi nyuloh".
Mak aku tak suruh pun berbuat demikian (sebab sayangkan aku) tapi aku je gatal nak mencuba sesuatu yang baru tambah pula mak aku menoreh banyak getah. Jadi kalau aku menoreh awal pagi aku mampu mengurangkan beban mak dan dapat siapkan awal (dalam pukul 10am) dah siap pun. Masih teringat lagi dibenakku masa pertama kali aku pergi menoreh pada pukul tiga pagi. Time tu aku tak fikir pun pasal hantu (even aku pun takut hantu), yang aku takut cuma binatang buas je tapi segalanya aku serahkan kepada Allah.
Berbekalkan semangat yang jitu aku pun melangkah ke ladang getah pada pagi yang gelap gelita itu dengan sebilah pisau toreh dan sebuah lampu suluh yang aku pakaikan kat kepala. Belum saja memasuki ladang getah aku terserempak dengan sekelompok binatang buas. Aku ingat serigala ke apa tapi sebenarnya geng-geng musang. Fuhhh aku pun terus la berlari ke dalam ladang getah cepat-cepat dan menoreh dari satu pokok ke satu pokok yang lain. Masa tengah menoreh tu kalau terdengar je bunyi pelik-pelik macam binatang mengaung ke aku terus je TACHYCARDIA(increase heart rate) dan lantas aku sebut hasbunallah wanikmal wakil, maksudnya "cukuplah Allah sebagai pelindung, Engkaulah sebaik-baik penolong". Cuak gila time tu aku cuma fikir positif je tak nak bagi takut.
Alhamdulillah bersyukur sangat kerana Allah ringankan badan aku untuk bangun seawal pukul 3 pagi untuk menolong ibuku. Lama-kelamaan ianya menjadi rutin hidupku (dah macam automatik da) untuk bangun awal dan bertukar uniform serta terus pergi menoreh. Tapi bila pukul 6 tu aku balik la sekejap untuk solat subuh dan kemudian sambung lagi sampai semuanya siap. Menoreh awal pagi ni best tau sebab suasana yang sunyi , sejuk, kurang nyamuk dan paling best dapat siapkan kerja awal.
Sesi mengutip getah pada setiap hujung minggu.
Lastly setelah bertungkus-lumus menoreh getah selama beberapa hari (biasanya dalam sepuluh hari atau tujuh hari sahaja) tibalah satu hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari mengutip getah sedunia. Masa kecik-kecik dulu kalau nak mengutip getah mak aku mesti ajak aku dan adikku yang lain tapi bila dah besar aku melakukannya seorang diri sahaja. Sekali pergi mengutip memakan masa selama dua hingga tiga jam untuk satu kebun tapi kadang-kadang aku berjaya mengutip di ketiga-tiga kebun getah sekaligus start dari pukul 7 pagi siap pukul 1 tengah hari. Penat memang tak boleh cakap la tapi aku tak kisah pun selagi dapat tolong mak, aku rasa puas hati dan bahagia. Biasanya mak bagi RM10 je untuk sekali mengutip getah. Kakak aku selalu cakap agar jangan mintak 'upah' daripada mak, lebih baik sebut 'hadiah' baru dapat pahala.
Pernah suatu ketika semasa aku di tingkatan tiga. Masa tu nak exam PMR dan banyak kelas tambahan diadakan setiap pagi bila cuti pertengahan persekolahan. Hari tu sepatutnya aku kena pergi mengutip getah tapi pagi itu juga aku ada kelas tambahan. Mak boleh je upah orang lain tapi disebabkan rasa tanggungjawab aku rela pergi mengutip pagi-pagi buta lagi dan siap dalam masa sejam. Lepas tu aku terus pergi ke sekolah pada pukul 8 pagi. Bau getah yang busuk belum hilang lagi kat tangan aku tapi aku buat-buat tak tahu je kat sekolah.
Getah yang dikutip dikumpul dan dimasukkan ke dalam guni untuk ditimbang.
Kerja menoreh getah memang memenatkan kalau kita menoreh banyak la, tambah-tambah pokok getah yang tua-tua. Namun begitu penat lelah kita akan terbayar juga kerana harga getah sekarang mahal dalam RM6-RM10 untuk satu kilogram. Bayangkan kalau sekali mengutip getah dapat 300Kg darab dengan RM6 dah dapat RM1800(untuk 8 hingga 10 hari menoreh). Kalau sebulan anda boleh imagine sendiri la betapa mewahnya para penoreh getah sekarang ni especially yang ada banyak kebun getah sendiri. Pernah sekali ketika ekonomi dunia merudum pada tahun 2008, harga getah menurun dengan mendadak sekali sehingga tidak ada tauke getah yang sudi membeli getah dari kami. Begitulah nasib para penoreh, mereka juga bergantung pada jatuh dan bangunnya harga pasaran getah di dunia. Lagi menyedihkan tahun 2013 harga getah menurun dengan mendadak, tambah pula jumlah hujan yang kerap dan kedegilan susu getah untuk keluar menambahkan penderitaan para penoreh.
Dulu masa nak pergi interview medik USM-KLE, Prof KJ pernah bertanya, what is your experience in your life?Aku cuma menjawab,"im a rubber taper, i have been worked as a rubber taper for couples of months and im very expert to handle the taping knife(pisau toreh)".Kemudian Prof pun cakap," i believe that you can be a good surgeon because you already have a skill".Adoi saja je prof KJ nih saja nak bagi aku semangat. heheh Apa pun memang lawak la boleh pula samakan pisau toreh getah dengan alatan bedah manusia.
Baiklah dah banyak ni aku mencarut pasal pengalaman aku menoreh getah tapi cuma satu benda je aku nak cakap, menoreh getah ni memang best. Aku bersyukur sangat kerana pernah menjadi seorang penoreh getah paling muda dalam kampung itu dan yang paling penting aku telah merasai kepahitan hidup orang tuaku yang selama ini bersusah payah untuk memberi sesuap nasi kepadaku. Terima kasih mak atas segala tunjuk ajar dan skill menoreh getah yang diperturunkan kepada saya itu. Saya janji akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang doktor dan saya tak akan lupa semua jasa-jasa mak. InsyaAllah

SHARE ON:

Hii, I'm a freelance gostwritter. Setup this blog hanya untuk perkongsian informasi, luahan perasaan dan bebelan kosong semata-mata. Boleh komen kat bawah ye for any feedback (",). Chill!

4 comments:

  1. Selepas Pencen dari ATM, saya pun menoreh sambil menunggu 21 hb..."

    ReplyDelete
  2. unikltipupelajar.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Kawan baru je dapat kerja kat Lembaga Getah.. setelah 13 tahun mohon sektor awam akhirnya oktober nanti lapor diri. Gred rendah aje, sebagai penoreh. Tak kisah. Aku bersyukur. Lagi beberapa hari lagi akan aku tempoh perjuagan seperti yang kamu katakan. Insya Allah

    ReplyDelete