Mungkin... Satu-satunya "rahsia" untuk berjaya dalam bisnes.
Mungkin ada yang perlekeh terhadap individu yang berusaha keras berkongsi ilmu bersama para peserta seminar yang dikendalikan.
Namun, terdapat hakikat yang perlu kita telan.
Ilmu itu sangat penting. Malah, ilmu yang dikongsi oleh individu yang berpengalaman dan pernah melaluinya ibarat "telaga emas" yang tersembunyi.
Apa buktinya?
===
Kisah "gelap" individu yang kini kecapi kejayaan luar biasa.
===
Kisah "gelap" individu yang kini kecapi kejayaan luar biasa.
===
Cerita ini adalah tentang perjalanan kejayaan Anthony Robbins.
Beliau merupakan seorang usahawan, penulis buku dan agen perubahan insan yang telah membantu berjuta manusia di seluruh dunia untuk mencapai impian.
Kerjaya beliau bermula sebagai seorang pencuci bangunan.
Sebagai individu yang bergaji kecil, Anthony Robbins juga mempunyai impian untuk mempunyai duit lebihan supaya dapat menyelesaikan semua masalah kewangannya.
Beliau kenal seorang insan yang dahulunya digelar "penyangak" oleh ayahnya, kini menjadi insan yang bebas kewangan. Pada ketika itu, beliau membeli, membaiki dan menjual hartanah di Southern California.
===
Bagaimana Anthony Robbins mencari peluang untuk bertanya.
===
Bagaimana Anthony Robbins mencari peluang untuk bertanya.
===
Namanya Jim Hannah.
Semasa Jim Hannah memerlukan budak-budak untuk mengangkat barang-barang perabot di rumah, Anthony Robbins mengambil peluang itu. Kerana beliau ia adalah peluang keemasan untuk mencungkil rahsia kejayaannya.
Ketika ada peluang untuk bercakap dengan Jim Hannah, Anthony Robbins cepat-cepat bertanya soalan ini,
"Bagaimana tuan mengubah kehidupan menjadi sangat berjaya dalam masa yang singkat?"
===
Jim Hannah berubah selepas...
===
Jim Hannah berubah selepas...
===
Apa respon dan jawapan Jim Hannah. Beliau beritahu,
"Saya berubah selepas menghadiri seminar yang dikendalikan oleh seorang lelaki yang bernama Jim Rohn."
Selepas mendengar jawapan itu, Anthony Robbins mengajukan soalan kedua iaitu:
"Seminar itu apa?"
Tanpa melengahkan masa, Jim Hannah berkongsi maksud ringkas tentang seminar. Beliau menjelaskan bahawa seminar itu adalah:
1) Tempat di mana individu yang bercakap di hadapan peserta sudah melalui pelbagai jenis pengalaman mengenai hidup.
2) Individu itu akan berkongsi pengajaran, strategi, dan apa yang beliau peroleh sepanjang proses mencipta kejayaan yang ramai orang inginkan.
3) Peserta yang datang boleh menyerap ilmu itu dalam masa beberapa jam, atau beberapa hari tanpa perlu melalui kesilapan dan risiko yang tinggi seperti individu yang bercakap di atas pentas.
===
Berapakah harga untuk keluar daripada sengsara hidup?
===
Berapakah harga untuk keluar daripada sengsara hidup?
===
Anthony Robbins yang penuh teruja dengan seminar itu pun cepat-cepat bertanya tentang harganya.
Jim Hannah berkata, "Hanya USD35."
Terkejut. Itu yang berlaku pada diri Anthony Robbins selepas beliau dengar harga yang disebutkan oleh Jim Hannah.
Mana tidaknya. Gaji mingguan beliau hanya USD40 sebagai pencuci bangunan. Jadi Anthon Robbins bertanya samada Jim Hannah boleh bantu beliau untuk menyertai seminar itu.
Apa respon Jim Hannah?
===
Percuma itu buang masa dan membazir.
===
Percuma itu buang masa dan membazir.
===
"Boleh. Tiada masalah. Tetapi saya tidak akan bayar untuk awak. Jika saya bayarkan, awak tidak akan hargai nilai ilmu dalam seminar itu nanti."
Ketika Anthony Robbins masih berkira-kira mahu mengeluarkan duitnya untuk membayar yuran seminar itu, Jim Hannah sempat mencelah,
"Kalau awak rasa duit yang awak ada itu tidak berbaloi digunakan untuk dapatkan ilmu, maka jangan pergi."
Beliau terdiam sebentar. Pada saat itu, Anthony Robbins buat satu keputusan terbesar dalam hidupnya.
Selepas menghadiri seminar Jim Rohn di Irvine, California, hidupnya berubah 360 darjah.
Dipendekkan cerita, beliau beritahu kepada jutaan peserta dalam seminarnya, bahawa Jim Rohn adalah mentor pertama yang membantu dirinya untuk berubah dan mencipta kejayaan yang besar.
USD35 adalah jumlah pelaburan bagi mengubah hidup Anthony Robbins. Hari ini, pulangannya jutaan kali ganda.
===
Melabur untuk belajar daripada individu yang sudah berjaya.
===
Melabur untuk belajar daripada individu yang sudah berjaya.
===
Cara paling cepat untuk mengubah hidup atau bisnes adalah mempunyai ilmu.
Elakkan daripada menganggap yuran seminar itu satu kos yang membebankan.
Anggap ia sebagai satu pelaburan yang berkemungkinan besar dapat membantu kita mencapai kebebasan dan impian.
-Aqif Azizan
kisah luar biasa inspiratif
ReplyDeleteobat pelangsing wsc