6 Soalan PENTING Sebelum Memilih Rumah Lelong

Sedikit tips tentang memilih rumah lelong yang ingin dibeli. Sebelum anda memberi komitmen untuk membeli sesebuah rumah tersebut. Banyak perkara yang anda perlu dipertimbangkan

Antara perkara-perkara yang anda perlu lihat adalah :-

1.Adakah kawasan tersebut mempunyai kawasan yang selamat dari segi kecurian.

Ini anda boleh bertanyakan dan membuat tinjauan kepada penduduk di kawasan tersebut. Kaji demografi penduduk disitu.

2.Adakah kawasan tersebut seringkali banjir.
Hujan yang lebat sedikit air sudah mencecah lantai. Erm... Alamatnya habis lah barang dalam rumah kalau berlaku banjir masa ketiadaan kita.

3.Adakah kawasan tersebut berdekatan dengan pencemaran habuk atau bunyi?
Berdekatan dengan kawasan kilang atau berdekatan dengan jalanraya yang sibuk atau tempat pelupusan sampah.

4.Adakah kawasan tersebut terdapat pencemaran radiasi atau berdekatan dengan alat pemancar.
Ini kena update skit isu politik semasa

5.Adakah rumah tersebut berdekatan dengan logi kumbahan najis yang sering mengeluarkan bau yang ‘wangi’?

6.Adakah struktur bangunan rumah yang ditambah mendapat pengesahan majlis perbandaran. Ini penting dari segi keselamatan jangkamasa panjang?

SHARE ON:

Hii, I'm a freelance gostwritter. Setup this blog hanya untuk perkongsian informasi, luahan perasaan dan bebelan kosong semata-mata. Boleh komen kat bawah ye for any feedback (",). Chill!

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment