Skim Rumah Pertamaku Naik RM400,000

Untuk Bajet siri 2012, disertakan sekali pakej skim pilihan editor yang lain, ianya adalah:-

Sponsor Artikel
1. Skim Rumah Pertamaku Naik 400K- meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220 ribu kepada RM400 ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri. Penambahan had ini boleh dinimkati oleh pembeli rumah melalui pinjaman bersama suam isteri bemula 2012.
2. Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), iaitu satu agensi tunggal yang berperanan untuk membangun dan menyelenggarakan perumahan mampu milik berkualiti khusus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana. Skim ini bertujuan membantu pembeli mencapai impian mereka memiliki rumah pertama.
3. Pembelian rumah secara kaedah bina kemudian jual (built and sell) melalui pembiayan patuh syariah – pembiayaan RM600 ribu ke bawah
  • Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara, 15,000 unit
  • Program Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, 10,000 unit dengan Kerajaan menyediakan subsidi sebanyak RM20 ribu bagi setiap rumah.
  •  Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina rumah yang lebih selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas bagi nelayan
4. Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan di lima koridor wilayah.
5. Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta sebagai subsidi bagi 10,000 unit rumah yang akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd. Setiap rumah dengan kos RM65,000, akan dijual dengan harga RM45,000 dengan kerajaan memberi subsidi baki RM20,000.
6. RM40 juta diperuntukkan bagi membaik pulih dan menyelenggarakan rumah kos rendah awam dan swasta.
7. Kerajaan akan memperuntukkan RM63 juta pada 2012 untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai.
8. Kadar cukai keuntungan harta tanah tidak berkesan dalam membendung aktiviti spekulasi. Kerajaan mencadangkan kadar cukai dikenakan pada;
  • hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun – 10% cukai
  • Hartanah yang dilupuskan tidak melebihi lima tahun – kekal 5%
  • Hartanah yang dilupskan melebihi lima tahun – kekal tiada dikenakan cukai
9. Pengecualian Duti Setem ke Atas Surat Cara perjanjian Pinjaman Dibawah Skim Perumahan Rakyat 1malaysia (PR1MA)
10. Pengecualian Cukai keuntungan Harta tanah ke atas keuntungan pelupusan sebuah rumah kediaman sekali dam seumur hidup oleh individu warganegara dan pemastautin tetap Malaysia
11. Pengecualian Cukai keuntungan Harta tanah ke atas keuntungan pelupusan hartanah antara ibu bapa dan anak, suami dan isteri, datuk atau nenek dan cucu.
12. Pengecualian Cukai keuntungan Harta tanah hanya dikenakan keatas keuntungan bersih setelah ditolak semua kos terlibat seperti harga belia, kos pengubahsuaian dan kos sampingan seperti yuran guaman dan duti setem
13. Cukai dikecualikan sehingga RM10,000 atau 10% daripada keuntungan bersih, yang mana lebih tinggi diberi bagi individu
14. Pengecualian cukai diatas diperkuatkuasankan bermula dari 1 Januari 2012.

SHARE ON:

Hii, I'm a freelance gostwritter. Setup this blog hanya untuk perkongsian informasi, luahan perasaan dan bebelan kosong semata-mata. Boleh komen kat bawah ye for any feedback (",). Chill!

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment