Saya pasti ramai yang tak suka bila terimanotification permintaan berterusan untuk permainan dan aplikasi dari rakan-rakan di Facebook. Saya sendiri tak pernah bermaingames dalam Facebook dan ada terima macam-macam permintaan dari kawan yang kenal dan yang berapa nak kenal.
Suka atau tidak, kita akan terus menerima permintaan seperti gift, games dan pelbagai aplikasi jemputan. Biasanya orang buat tak layan je dengan tak klik apa-apa pada permintaan tersebut, ia akan hilang sendiri selepas sebulan. Kalau tak kita akan terus sekat (block) permintaan tersebut atau terus sekat rakan yang hantar permintaan tu.
Sponsor Artikel |
- Klik pada ikon gear di bahagian atas halaman
- Pilih ” Account Settings” dan
- Klik pada “Blocking” di bahagian kiri.
Anda boleh pilih apa yang nak disekat dengan menaip nama event. aplikasi, game, atau rakan sendiri. Bila aplikasi tersebut dipilih, ia tidak lagi menghubungi anda atau mendapatkan mana-mana maklumat yang tidak ditetapkan.
Disebabkan aplikasi invites agak annoying, Facebook memberi peluang kepada pengguna untuk mengelak dari pengguna yang anda tak mahu keluarkan dia dari akaun anda, tapi tetap terus mengganggu dengan menjemput yang kita tak mahu.
Untuk itu, anda boleh taip nama-nama rakan anda dalam “Block app invites” dari halaman yang sama. Apabila ini berlaku, secara automatik kita tidak lagi akan mendapatkan permintaan aplikasi daripada mereka yang dipilih tadi.
Sudah tentu, menterbalikkan keadaan adalah agak mudah dan hanya memerlukan anda klik butang “Unblock” berhampiran nama atau tajuk aplikasi.
Di ahalaman yang sama juga, kita boleh menghalang pengguna daripada melihat timeline atau jemputan acara dari rakan-rakan yang mempunyai kehidupan sosial yang terlalu aktif.
Sumber Asal : shahrulsite.net
0 comments:
Post a Comment