PELABURAN EMAS vs ASB vs BANK RAKYAT vs SIMPANAN TETAP vs TABUNG HAJI vs KWSP vs SAHAM / UNIT AMANAH




Sponsor Artikel
Orang ramai sudah mulai bercakap mengenai pelaburan emas. Nampaknya sudah ramai yang celik emas terutama orang Melayu yang selama ini hanya menjadikan serta berfikiran bahawa emas adalah sebagai perhiasan semata-mata.Pelaburan yang tersebut di atas ialah pelaburan yang biasa dan rata-rata kebanyakan kita terlibat secara langsung atau tidak langsung dengannya. Walau apa pun jenis pelaburan  kita perlu bersabar kerana setiap pelaburan tersebut memerlukan masa untuk menhasilkan pulangan. Pelaburan emas merupakan pilihan yang sangat baik kepada kita kerana pulangan pelaburan ini sangat konsisten. Oleh itu disarankan supaya setidak-tidaknya kita melabur sebahagian pendapatan kita dalam pelaburan emas sebagai mempelbagaikan portfolio pelaburan.


Ikuti saranan Allahyarham Dato' Salleh Majid, mantan pengerusi Bursa Saham Kuala Lumpur dalam video ini




Mari kita lihat pulangan pelaburan bagi setiap porfolio pelaburan di atas.

Pelaburan Emas

Pulangan pelaburan emas bergantung kepada kenaikan harga emas. Ini adalah kerana emas merupakan penyimpan nilai terbaik dan kalis inflasi. Kenaikan harga emas yang konsisten  akan memberi nilai tambah kepada pelaburan dan nilai emas dalam simpanan kita. Oleh itu, pulangan pelaburan akan diperolehi apabila kita menjual balik emas yang disimpan.. 


Tetapi dalam keghairahan orang ramai terhadap pelaburan emas, terdapat individu atau syarikat tertentu yang mengambil kesempatan memperdaya orang ramai terutama orang melayu dengan menjanjikan pulangan wang tunai setiap bulan. Tidak hairanlah syarikat seperti ini biasanya tidak bertahan lama kerana menyalahi akta Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dengan skim cepat kaya di mana faedah pelaburan diperolehi dari pelabur-pelabur baru dan diagihkan kepada pelabur lama. Wang tersebut juga diperolehi oleh syarikat tersebut dengan meletakkan haarga emas yang saangat tinggi. Ini bermakna, wang diperolehi oleh pelabur bukanlah keuntungan dari pelaburan emas tetapi datangnya dari pelabur sendiri yang membayar mahal. Lebih buruk lagi apabila syarikat tidak menjamin akan membeli semula emas yang dijual kepada pelabur, akhirnya pelabur menjadi mangsa kerana terpaksa menjual semula emas yang dibeli kepada syarikat lain dengan harga yang lebih murah dari pasaran.

Mari kita lihat rekod pulangan emas sejak beberapa tahun dahulu

Sejak 5 tahun dahulu harga emas meningkat sebanyak  220.79%. ini bermakna purata kenaikan harga emas ialah 44.15% setahun.


Sejak 10 tahun yang lalu harga emas meningkat sebanyak 385% . Ini bermakna purata kenaikan harga emas ialah 38.5% setahun.

Pelaburan ASB 


Sponsor Artikel


Ramai yang terlibat dengan pelaburan ini yang diuruskan oleh Perbadanan Nasional Berhad. yang biasanya memberi pulangan dalam bentuk dividend dan bonus setiap tahun. Pelaburan ini memberi kemudahan potongan gaji. Pulangan pelaburan ini ialah sekitar 7 -10% secara tahunan. 

Dividend dan Bonus ASB Tahun 2001 - 2011
TAHUNDIVIDEND (%)BONUS (%)JUMLAH (%)
20017.003.0010.00
20027.002.009.00
20037.252.009.25
20047.252.009.25
20057.301,759.00
20067.801.258.55
20077.001.008.80
20087.001.758.75
20097.301.258.55
20107.501.258.75
20117.651.158.80

Pengumuman Dividend dan Bonus ASB 2011


Dividend Bank Rakyat

Bank Rakyat akan memberi dividend terhadap pelaburan ahlinya setiap tahun purata 15% setahun. Setakat ini, Bank Rakyat telah memberi pulangan pelaburan yang tertinggi pada tahun 2011 iaitu sebanyak 20%. Walau bagaimana pun pelaburan Bank Rakyat adalah terhad dan sukar untuk menadi ahli.

Majlis Pengumuman Pulangan Pelaburan Ahli Bank Rakyat 2011


Simpanan Tetap (Fixed Deposit Bank)

Bank-bank dan institusi kewangan di malaysia menawarkan simpanan tetaap yang memberi pulangan pelaburan dalam tempoh matang yang ditetapkan sepeti 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan, 12 bulan dan sebagainya. Secara aamnya faedah simpanan tetap atau FD ialah antara 3% - 10% setahun

Tabung Haji

Seperti pelaburan ASB, pelaburan Tabung Haji juga menyediakan kemudahan potongan gaji. Pelaburan ini bertujuan memberi kemudahan orang-orang Islam menabung untuk mengerjakan haji pada masa hadapan. Ia memberi pulangan pelaburan sekitar 6% setahun.

Laporan Berita Harian Mengenai Agihan Bonus Tabung Haji 2011


KWSP (EPF)

KWSP adalah Kumpulan Wang untuk menyimpan caruman pekerja dan majikan di bawah Akta KWSP 1991 dan Peraturan dan Kaedah KWSP 1991. Secara amnya ia bertujuan mememelihara majikan pekerja terutama selepas persaraan kelak.. Ia adaah "Simpanan Untuk Hari Tua Anda". Walau pun ia adalah simpanan "hari tua" anda, dalam keadaan tertentu sahaja dibenarkan untuk mengeluarkan caruman seperti untuk membeli rumah dan sebagainya. 

Keratan Berita harian Online Mengenai Pengumuman Dividend KWSP 2011 Sebanyak 6%. Tahun  2011 KWSP Mengumukan Dividend 5.8%


Saham  / Unit Amanah

Sponsor Artikel


Saham dan Unit Amanah ialah pelaburan pasif dan sederhana dengan masing-masing memberi pulangan antara 8% - 15% setahun samada dalam bentuk dividen, bonus dan capital gain, memberi lebih banyak pilihan dana, diuruskan oleh konsultan untuk keluar masuk tunai dalam tempoh masa tertentu hari bekerja, dan pelabur boleh menggunakan wang kwsp untuk melabur disini.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah banyak peluang pelaburan di luar sana yang boleh diceburi yang memberi pulangan kepada wang anda. Kita harus bijak memilih pelaburan yang sesuai untuk menadikan wang bekerja untuk kita dan bukannya kita bekerja untuk wang.


Sumber Asal: emasanda.com

SHARE ON:

Hii, I'm a freelance gostwritter. Setup this blog hanya untuk perkongsian informasi, luahan perasaan dan bebelan kosong semata-mata. Boleh komen kat bawah ye for any feedback (",). Chill!

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment