Master Your Bisnes Bersama Para Jutawan Industri....
Bulan Disember 2014 tahun lepas saya telah hadir ke Seminar Master Your Bisnes iaitu sebuah program eksklusif platinum Dr Azizan Osman...
Sebelum tu masih tak terlambat rasanya saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2015! :)
Ok sambung balik...hehe..
Di seminar tu punyalah ramai Jutawan dalam pelbagai industri berkumpul di seminar tersebut...Subhanallah, sangat berbaloi membina rangkaian perniagaan di situ...
Actually, tersangat banyak ilmu perniagaan yang dikongsikan oleh Dr Azizan Osman & Hj Zafrul Rizal di dalam seminar tersebut...
Betullah apa yang Robin Sharma katakan kepada Dr Azizan Osman : "Harga sebuah kejayaan itu lebih murah berbanding harga kerugian sebuah kegagalan..."
Faham ke faham?
Maksudnya, kalau kita sombong & tidak mahu merendah diri untuk belajar dalam apa jua bidang yang kita nak ceburi, akibatnya kita akan mengalami kerugian banyak wang & masa kerana melakukan sesuatu yang kita tak pernah lakukan, jika berjaya pun mungkin akan mengambil masa yang sangat lama selepas melalui proses 'sepak terajang' dalam bisnes....
Saya sendiri pernah rugi hampir RM 70k disebabkan tak clear semasa agreement dengan Partner, tapi bila pergi ke seminar ini, hampir kesemua diajar, yuran baru RM 4,000.00, kalau saya sombong lagi & taknak belajar, mungkin akan ada lagi harga kerugian berganda yang saya perlu bayar akan datang...Nauzubillah!
Masa belajar dulu, saya pernah terbaca artikel dalam surat khabar tentang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari semasa saya di tahun akhir pengajian di UTMKL pada tahun 2008 & Syed Mokhtar kata : "Saya mengambil masa lebih kurang 34 tahun untuk sampai pada tahap hari ini, jika anda mahu berjaya seperti saya, anda tak perlu ambil masa 34 tahun, anda hanya perlu lihat di mana kesilapan saya untuk saya boleh sampai kepada hari ini, kemudian anda cuba elakkan, In Shaa Allah anda akan berjaya dalam masa yang singkat...." (Lebih kurangla beliau kata camtu, saya pun dah lupa, tapi mesejnya camtulah...huhu).
Waktu tu, bila terbaca artikel ni, semangat membuak-buak untuk berniaga atau bekerja sendiri, ditambah lagi saya adalah lepasan Universiti yang pastinya penuh ilmu di dada tentang selok belok perniagaan moden yang saya telah belajar dalam beberapa subjek di dalam bidang pengajian saya...
Namun, selepas memulakan perniagaan sendiri, bermula daripada situ sehinggalah 5-6 tahun selepasnya saya tak nampak apa-apa dalam bisnes, tunai pun tak pernah ada, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang...
Waktu tu saya pernah tanya pada diri sendiri : "Susahnya lah berniaga ni, baiklah aku kerja kalau camni gayanya....". (Ya, memang sempat kerja selama 1 tahun sebagai Pegawai Kerajaan dek kerana putus asa dengan perniagaan yang saya jalankan)
Jadi, janganlah jadi macam saya...huhu...
Kerana bila kita dah memulakan perniagaan, kita tak tahu kita berada di level mana, jadi bila kita melalui saat genting dalam bisnes, kita anggap kita takda rezeki dalam membangunkan satu-satu perniagaan tersebut, akhirnya kita putus asa, yang sebenarnya mungkin 1-2 langkah lagi kita akan sentuh kejayaan berganda, tapi, disebabkan tiada Ilmu & Mentor, kita terus give up! (Saya lah tu dulu...huhu)
Dahla tu citer bahagian nostalgia, menangis nanti mengenang betapa susahnya dulu berniaga...haha...
Di Master Yous Business, antara pesanan Dr Azizan Osman adalah, daftar Sdn Bhd & buat Tax Declaration, its your ASSET!
Banyak cerita yang dikongsikan oleh Dr Azizan Osman tentang bangsa-bangsa lain yang sangat maju bilamana mereka buat Tax Declaration...
Bangsa kita pula disogok supaya : "Ala, kau daftar SSM je RM 70.00 je setahun, akaun tak perlu pening hantar, tax pun takyah bayar..."
Biasa dengar? huhu...
Nanti saya kongsikan, apa kelebihannya daftar Syarikat Sdn Bhd & buat Tax Declaration ya...In Shaa Allah...
Semoga Bermanfaat!
Oleh: http://hafeezbasyir.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment