Master Your Bisnesb (Part 2)

MASTER YOUR BUSINESS (PART 2)
Harini kita sambung Master Your Business Semester Ke 2 okay. Tapi ada syarat tau..siapa yang baca dan belum ke kelas-kelas Dr.Azizan Osman, digalakkan masuk ke kelas Mentor kami ni ok. Minggu depan 26hb ada kelas percuma 'Magnet Kekayaan'. Siapa yang suka artikel ni diharap dapat luangkan masa mencari ilmu di kelas tersebut okay..untuk info boleh didapati di FB Page: Alumni Program Dr Azizan Osman.
1. STRUKTUR ORGANISASI
$ Dr. Azizan mengajar kami untuk membuat carta organisasi. Rupanya ramai yang mendapat banyak manafaat dari topic ini kerana ramai yang belum buat untuk syarikat mereka.
$ Ada 5 ANCHOR department yang perlu ada dalam sesebuah organisasi iaitu MARKETING, SALES,OPERATION,FINANCE & HR/ADMIN.
$ Bagi yang baru daftar syarikat juga perlu ada carta organisasi ini walaupun di bawah kelima-lima department ini semuanya nama kita sendiri. It's okay pada permulaan, inipun salah satu cara kita THINK BIG kerana kita expect in future kita akan ada staff untuk kesemua deparment ini.
$ Orang pertama dan paling penting perlu diambil ialah HR/ADMIN kerana semua proses perniagaan akan bermula dengan adanya HR/Admin.
$ Apa tugas Marketing Department?
Tugasnya adalah untuk 'memberitahu' orang yang tidak tahu (fresh customers) tentang produk kita. Ataupun in English, to convert people from not knowing to know us.
$ Apa tugas Sales Department?
Tugasnya adalah untuk 'close sales' bagi pelanggan-pelanggan yang di tarik oleh Marketing Department.
$ Kata Dr.Azizan, kalau management bagus, susah bisnes nak jatuh.
2. FIXED SEDEKAH
Sebenarnya topic ini kami belajar under tajuk PERBELANJAAN. Ada 6 jenis KOS TETAP (Fixed Cost) iaitu Gaji, R&D, Training, Technology Investment, People's Investment dan paling best yang tak diajar di kelas-kelas lain ialah INVESTMENT IN CONTRIBUTION.
Saya rasa masa Dr.Azizan sentuh tentang topic investment in contribution ni, kebanyakan dalam kelas macam terpaku..tak pernah tahu pulak tentang konsep ini. Kita semua dah tahu tentang sedekah, tapi tak diajar pulak sampaikan perlu ada istilah 'FIXED SEDEKAH'. Saya rasa tips ini paling senang nak buat dan paling cepat boleh dibuat. Jumlah tu tak kisah yer, berapa pun tak apa jumlah contribution kita itu..asalkan setiap bulan amountnya mesti sama.
Yang bestnya ada yang bertanya, boleh tak kita contribute dalam bentuk bukan wang mungkin dalam bentuk energy? Kata Doc, boleh je kalau nak contribute tenaga,masa, senyum, kasih sayang dan sebagainya. Tapi macam ni lah..u nak ke kalau u bagi LOVE saja..Allah balas LOVE saja?..Hehe..faham kan?..
Kata guru kami lagi, lebih banyak u naik..u kena lebih banyak buat charity. Pesanan tu untuk kita lah tu, sebab kita akan naik dan naik dan naik lagi...Betul tak uols?...
Lagi satu ILMU yang 'BEST GILER' ialah, kalau u tahu kebaikan memberi makan kepada orang, u akan berebut bagi makan kepada ramai orang. Allah akan tambah 1 juta nilai u dan Allah akan tarik 1 juta keburukan u!..
3.LEADERSHIP
$ Atau perkataan asalnya ialah LEAD the SHIP.
$ Seorang leader berkebolehan mendapatkan RESULT.
$ Leadership adalah 'action', bukan 'position'.
$ Betapa pentingnya kekuatan 'leadership' bagi setiap leader atau owner adalah kerana dapat membawa bisnes dari point A ke point B. Dari bisnes kecil-kecil menjadi besar!
$ Dan kena fikir,adakah kita sebagai ower of the company adalah ASSET atau LIABILITI dalam bisnes u. ( Saya adalah ASSET company ! )
$ Paling penting, seorang great business owner perlu ada matlamat yang jelas. Perlu set kemana kita nak sampai dan berapa nak capai.
$ Business owner perlu 'solve problem'. Never say it's not my business bila masalah timbul. Dia kena ingat, my business is my problem.
$ Kemahiran untuk menjadi leader boleh dipraktis dan dipelajari, lama-lama akan pandai. Bukan sesuatu yang 'gifted'.
$ Perkongsian oleh Pn Yasmin, "Business owner adalah macam kapten kapal.Dia mesti tahu mana nak pergi, pulau mana yang nak pegi, berapa jauh lagi nak sampai. Dia patut berada di atas. Jangan sibuk bekerja dengan kelasi kapal. Nanti tak nampak batu karang di depan. Kalau kapten kapal tak nampak batu karang di depan, bila terlanggar dan kapal pun bocor..Akhirnya bila bocor,kapal akan karam di tengah lautan"..Fuh, simbolik dan menakutkan pulak...kan...Jadi, fahamlah yer, apa yang kita perlu buat..
$ Last sekali, yang paling saya suka...A great businessman tak akan buat kerja yang rendah nilainya.

4. PRODUK/SERVIS
$ A great business owner perlu offer produk/servis yang terbaik.
$ Kualiti produk/servis kita menentukan 90% kejayaan bisnes kita.
$ Kualiti produk/servis kita menentukan keuntungan kita.
$ Inilah nadi reputasi seorang business owner.
$ Macamana nak menilai tahap kejayaan bisnes anda? Paling senang sekali iaitu...Berapa kali pelanggan anda kata " This is a great product !.."
$ Kami belajar tentang WOW EFFECT. Iaitu sesuatu pengalaman pelanggan yang 'beyond expectation'. Kalau dapat effect ini, u akan rasa 'priceless'..best sangat, kababooom!!..
5. THINKING
$ Pekerjaan paling penting untuk seorang business owner ialah BERFIKIR @ THINKING!...
$ Seorang leader sepatutnya seorang yang mempunyai kebolehan BERFIKIR.
$ Bukan setakat BERFIKIR, tetapi PEMIKIRAN YANG BERKUALITI.
$ Kualiti pemikiran seseorang business owner merupakan faktor paling hebat membawa kepada kejayaan bisnesnya!!..
$ Perlu ada masa untuk BERFIKIR tentang perjalanan bisnes.
$ More space, more energy.
$ Kebolehan dan kemahiran BERFIKIR adalah pekerjaan yang paling tinggi gajinya dalam dunia!
$ Kita perlu BERFIKIR macam seseorang yang kita 'admire most' bila kita berhadapan dengan cabaran.
$ A great business owner is a GREAT THINKER!
Okay itu saja untuk kali ini..Jangan lupa ke kelas Dr.Azizan yer..Point di atas ni cuma basic jer..kalau pegi kelas lagi laaa...Vasssss bisnes uols nanti tau!..
Assalamualaikum, set your business goals today okay guys... : )

SHARE ON:

Hii, I'm a freelance gostwritter. Setup this blog hanya untuk perkongsian informasi, luahan perasaan dan bebelan kosong semata-mata. Boleh komen kat bawah ye for any feedback (",). Chill!

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment