Peringkat Ukhuwah Ada Berapa?


Sembang pasal ukhuwah... mesti terbayang-bayangkan kawan-kawan sekeliling...

Kalau ana kalian: Hang duk ukhuwah peringkat mana??

Tak ramai boleh jawab. Meh, ana nak share...

Ukhwah ada peringkatnya, ada 3 peringkat. Peringkat ini dalam bentuk ranking,

1. Ithaar
2. Salamatus As-Sadr
3. Husnu Dzon

So, ithar adalah top dalam carta ukhwah. Ithar itu apa bro?

Ithaar ni tak ramai yang dapat dalam ukhwah, bahkan ranking terbawah sekalipun iaitu Husnu Dzon pun tak ramai yang dapat.

Ithaar ni ialah kita lebih pentingkan sahabat dari diri kita sendiri. Lagu mana tu?



Macam kaum Ansar yang sanggup bagi isteri dekat Muhajirin.

Senang cerita, ithaar ini kita gembira dengan kegembiraan sahabat kita.

"Bereh, bereh. Salamatus as-sadr pulok ngapo?"

Salamatus as-sadr ialah berlapang dada. Kita berlapang dada dengan apa yang sahabat kita buat dan kecapi.

Kawan kita ejek, kawan kita hina, kita relax jer. Kita berlapang dada.

"Husnu Dzon bersangka baikkan?"

Benar.. ramai yang tahu, tapi peringkat tercorot carta ukhuwah, ini pun orang tak dapat nak buat, apatah lagi yang ranking 2 dan 1.

Kawan buat skit terus sangka buruk, terus nak cemuh.

Haihh... muhasabah lah... Kita di peringkat mana ukhuwah?

SHARE ON:

Hii, I'm a freelance gostwritter. Setup this blog hanya untuk perkongsian informasi, luahan perasaan dan bebelan kosong semata-mata. Boleh komen kat bawah ye for any feedback (",). Chill!

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment