Tanyalah Ustaz TV9 Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff "Zuhud": Review Hari Khamis


Assalaamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh dan selamat pagi Khamis kepada semua yang di kasihi... 


Allahumma Solli A'la Muhammad.

Sedikit perkongsian dari segmen Tanyalah Ustaz TV9 bersama Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff dengan topik 'Zuhud'.


Zuhud: Melakukan sesuatu kerana Allah Subhanahu wa taala dan Rasul.

1. Bila melakukan sesuatu, niatkan untuk kebaikan dunia dan akhirat. Orang yang melihat dan kejar dunia sahaja, dia akan mendapat dunia sahaja. Jika tengok dunia, dunia akan pergi. Tetapi orang yang melihat dunia untuk akhirat, mereka akan mendapat dunia dan juga akhirat:

Surah Ash-Shūraá (Ayat 20)
مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ

"Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak."

Surah Ash-Shūraá (Ayat 21)
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُم مِّنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَن بِهِ اللَّهُۚ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْۗ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

"Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari ugama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya."

2. Nabi mengajak kita menjadi Zuhud:
- Semua yang ada di keliling kita, semuanya akan pergi, 
- Makanlah dengan baik. Dan paikailah yang baik-baik. Ni'mat yang Allah bagi itu gunakanlah untuk kebaikan tetapi jangan membazir. Rezeki yang ada sebahagiannya simpan, sebahagian lagi wakafkanlah. 

3. Sahabat-sahabat Nabi Salallahu alaihi wa sallam semuanya zuhud. Bacalah yang berkaitan dengan sahabat-sahabat Nabi Salallahu alaihi wa sallam untuk meneladani kezuhudan mereka.

Wallahu'alam.


Thanks to Siti Ramuna Mat Isa untuk perkongsian ini.

SHARE ON:

Hii, I'm a freelance gostwritter. Setup this blog hanya untuk perkongsian informasi, luahan perasaan dan bebelan kosong semata-mata. Boleh komen kat bawah ye for any feedback (",). Chill!

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment