REVIEW NOVEL : BUKAN KERANA AKU TAK CINTA BY EMAN SUFI (SIRI DRAMA TERKINI)
Assalamualaikum semua.. Sejak dua-tiga minggu ni,
keje nak update pasal novel ajaa.. Maaflah kalau yang kurang suka membaca novel.
Layan kan aja lah ye.. Hari ni nak Review Novel : Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC)
by Eman Sufi (Cikgu E-man). Shad memang follow cerita novel nie dekat
blog Cikgu Eman. Cerita dia memang super awesome. Novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta
ni adalah novel ke-tiga Cikgu E-man selepas novel Suami Yang Kubenci (SYK)
dan Hikayat Cinta Si Pematah Hati (HCSPH).
Seriously memang super-duper awesome ketiga-tiga novel ni.
Tak percaya? Kena beli dan baca sendiri. *Psstt..Waiting untuk novel
ke-empat, Bila Romeo vs Juliet.*
Cover
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
RM24.00 (Keluaran April 2013)
NAK MURAH siap penghantaran ke pintu rumah, KOMEN POST NIE!!!
NAK MURAH siap penghantaran ke pintu rumah, KOMEN POST NIE!!!
-Macam scary sikit cover dia kan. Tapi jangan risau yee,
this is nak kasi havoc. Kasi mysterious aja. The truth? So lovely-
Sinopsis
“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey!
Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari
jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya
untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik
perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh
gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau
berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah
menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya,
seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian
matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu…
Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja
yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.
Review
Haaa. menarik kan.. Actually novel ni baruu je keluar. Cikgu E-man dah buat
announcement dekat blog siang tadi. Hehe. Boleh order on9 dekat Karya Seni
kalau nak cepat2 baca (dalam bulan ni). Tak sabar nak beli. Nak tunggu pesta buku nanti.
Nak dakap novel Abg Jebat nie. Hehe. Kalau nak baca bab-bab awal novel ni,
selain novel air mata Siti Rosmizah, and my heart Hlovate..
Mengisahkan Jebat seorang ex-taiko (yang kat badan dia ada tatu), make a change
in his life from taiko/samseng to berhijrah mencari jalan lurus + menuntut ilmu agama.
Mastura yang terjatuh cintan dengan kebaikan + kehenseman + kerajinan
Jebat, apa lagi.. tiap-tiap hari duk mengurat Jebat. So sweet of them. Sungguh Mas
tu memang tak malu langsung nak mengaku yg dia cinta Jebat. Mas memang hebat.
Suka watak dia. Suka watak Abg Jebat yang cool tu. At last, diorang get married
and hepy until one fine day, Mas dpt tahu yg suami dia yg terchenta tu ex-samseng...
Apa yg berlaku? kena beli novel ni la kan. Jujurnya Shad cakap, mmg awesome.
Lima per lima bintang. Gaya bahasa yang santai plus lawak yang memang lawak.
So, selamat membaca ya semua.. Did I 'meyakinkan u all'? Hehe..
Ps : Update : Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Full EPISOD
SUMBER: http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment