Tip berbual-bual Untuk Orang Bisnes.

Tip berbual-bual untuk orang bisnes  http://duniazamansaya.blogspot.com/
Berbisnes adalah berkawan-kawan. Lebih banyak berkawan, lebih mudah menjalankan bisnes.

1. Apabila berbual-bual dengan orang yang baru kita kenal, pilih topik yang ringan-ringan sahaja.

2. Jangan pilih topik yang mudah membawa perbezaan pendapat, seperti isu agama dan isu politik.

3. Pilih topik kegemaran orang itu, terutamanya topik hobi dan kegilaannya.

4. Banyakkan mendengar. 

5. Banyakkan bersetuju dengan pandangan dan idea-idea yang dikemukakan oleh orang itu.

6. Apabila tidak bersetuju, simpan pendapat kita dalam hati sahaja. Jadi kita tahulah dia itu makhluk yang datang dari planet apa. Lain kali kita sudah tahu topik yang dia suka dan tidak suka. Yang penting orag itu suka berkawan dengan kita.

7. Jaga hubungan baik. Lama-lama, pelan-pelan, dia akan faham sudut pandangan kita.

Nota penting: Orang hanya mahu menyerahkan duitnya kepada orang lain yang dia suka....

Haaaa!

.

Ditulis oleh : Ainon Mohd 

SHARE ON:

Hii, I'm a freelance gostwritter. Setup this blog hanya untuk perkongsian informasi, luahan perasaan dan bebelan kosong semata-mata. Boleh komen kat bawah ye for any feedback (",). Chill!

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment