Pemasaran online seringkali dilihat seperti sebuah lubang hitam di angkasa. Ianya agak misteri dan sukar dijangka. Kerapkali juga, banyak perniagaan yang menemui kegagalan di dalam strategi pemasaran online mereka, dan mendapatinya tidak berkesan setelah banyak usaha, masa, tenaga, dan wang diperuntukan kepadanya.
Oleh itu, untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan kepada perniagaan anda untuk tahun 2014 , apakata anda pertimbangkan 3 strategi pemasaran berikut.
1. Kandungan Yang Relevan Adalah Raja!
Pemasaran kandungan (content marketing), kelihatannya akan mengambil alih pentas utama pemasaran online untuk tahun 2014 ini. Namun begitu, membuat banyak post dan artikel yang penuh sesak dengan katakunci (keyword) sahaja tanpa mempedulikan maklumat yang berfaedah tidak lagi akan diterima. Penguna dahagakan maklumat yang berisi yang dapat membantu mereka menyelesaikan masalah ataupun yang menjawab sesuatu persoalan dalam hidup mereka. Algoritma terbaru Google, Hummingbird, juga dibina untuk tujuan mencari kandungan-kandungan yang relevan dan bermaklumat, berbanding kandungan yang hanya dipenuhi katakunci. Pada tahun 2014, ianya akan menjadi sangat penting untuk menyediakan kandungan yang berisi dan segar kepada pengguna.
2. Pengguna Mudahalih Akan Terus Meningkat!
Sejak 2 tahun kebelakangan ini, pengguna yang melayari internet menggunakan smartphone semakin meningkat dari sehari ke sehari. Trend ini dijangka akan terus berkembang dan tidak akan berhenti atau menjadi perlahan untuk tahun-tahun yang berikutnya. Jesteru itu, usahawan perlulah bersedia untuk menawarkan kandungan mereka kepada orang ramai pada tahap yang mesra smartphone dan tablet. Menyediakan website yang mempunyai rekabentuk responsif (responsive design) kepada pengguna kini menjadi suatu perkara wajib dan sangat penting. Jika tidak, anda mungkin akan kehilangan potensi pelanggan yang sangat besar.
3. Semua Elemen Pemasaran Perlu Dihubungkait (integrative)
Kini, ianya tidak cukup jika anda sekadar mengfokuskan aktiviti pemasaran anda kepada satu jenis kaedah pemasaran sahaja seperti, hanya facebook sahaja, atau hanya blog sahaja. Untuk lebih berjaya, anda perlu merangkan strategi pemasaran anda secara keseluruhan. Pemasaran email, kandungan, sosial media dan sebagainya, perlu diintegrasikan dan selari, serta menyokong antara satu sama lain di dalam menaikkan jenama perniagaan anda. Setiap elemen dan kaedah pemasaran ini memainkan peranan yang penting untuk perniagaan anda. Jika semuanya dapat di uruskan dan di integrasikan dengan baik, ianya pasti akan dapat menaikkan hasil jualan perniagaan anda.
Akhir kata, selamat merangka strategi pemasaran anda untuk tahun 2014 dan semoga berjaya!
Sumber: http://www.wangcyber.com/
0 comments:
Post a Comment