Mungkin Topik Ini Tidak Sesuai Saya Kongsikan Sebelum Hari Raya Tetapi Saya Rasa Ia Amat Penting Untuk Anda BERJAYA, KAYA DAN BAHAGIA Dunia dan Akhirat

Ramai orang bertanya saya tentang mereka menghadapi masalah kewangan, hutang yang banyak dan pendapatan mereka bekerja tidak mencukupi. Well, saya faham masalah anda kerana saya pernah melalui saat-saat tersebut ketika saya bekerja pada tahun 1996-2000.

Terhutang dengan along, blacklisted dengan banyak bank, hutang dengan keluarga dan saudara. Untuk memulihkannya bukan proses sehari atau sebulan.
Rajin kerja semata-mata dengan pendapatan yang sama tetapi ingin memperbaiki kewangan dan tidak rajin membaca buku-buku mengenai pengurusan kewangan, perniagaan dan pelaburan atau tidak sanggup berikan masa untuk belajar dari mereka yang boleh menjadi mentor mereka, tidak mahu mendapatkan ilmu, tidak tahu strategi yang berkesan serta platform membina pendapatan yang berpotensi adalah ibarat mengharapkan bulan jatuh ke riba.
Ada beberapa perkara ini yang anda perlu tahu:-
1- Sebenarnya apa yang anda perlu tahu, bukan anda seorang yang ada masalah kewangan! Ramai orang ada atau pernah mengalami masalah tersebut dan mungkin lebih kritikal.

2- Mereka yang berjaya merubah kewangan mereka daripada negatif menjadi positif bukanlah kerana nasib mereka baik tetapi mereka berusaha merubahnya dengan berusaha meningkatkan ilmu tentang kewangan, menukar strategi menguruskan kewangan serta membina kewangan mereka dengan cara bisnes atau pelaburan.
3- Proses memperbaiki kewangan bukan kerja satu hari tetapi ia adalah proses berterusan dengan matlamat yang jelas tentang apakah masalah hutang yang mahu di selesaikan dan apakah sasaran kewangan yang mahu dicapai.
Tanam benih rambutan, kita TIDAK AKAN dapat pokok durian bukan? Tapi jika mengharapkan bertahun-tahun menanam benih rambutan dan mengharapkan pokok durian yang tumbuh, kita akhirnya akan kecewa. Pekerjaan yang sama, gaji yang sama dengan peningkatan yang tidak pantas, tetapi masalah kewangan yang meningkat hanya akan menambah masalah kita.
Saya ingin mensarankan 3 strategi asas bagaimana anda perlu komited untuk memperbaiki kewangan anda selain anda menjaga solat, melakukan dhuha, berdoa, bersedekah sedikit sedikit memohon barokah dariNya, ini adalah antara apa yang saya sendiri lakukan satu masa dahulu ketika saya baru belajar menguruskan kewangan saya selepas ianya “hancus” :-
1- Senaraikan semua hutang anda. Tandakan mana yang urgent dah nak declare bankrupt (Kalau ada) dan mana yang “belum”…
2- Bersedia untuk jadi bankruptcy jika ia sesuatu yang tidak dapat di elakkan. Jangan takut diumumkan bankrupt kerana ramai jutawan seperti Tun Daim pernah bankrupt banyak kali sebelum berjaya. Donald Trump pun sama. Nama anda boleh dibersihkan dari rekod bankruptcy bila anda betulkan semula kewangan anda. Saya tidak suruh anda jadi bankruptcy tetapi kalau dah tidak ada pilihan sekarang, jangan takut. Hadapinya.
3- Selepas anda senaraikan hutang anda, anda juga perlu senaraikan perbelanjaan anda dan sumber pendapatan anda. Senaraikan juga apa aset atau simpanan tunai yang ada. Senarikan juga barang yang boleh dijual atau dilelong di kedai barangan second hand kerana anda mahu raise fund segera.
4- Jumpa pihak bank face to face atau sesiapa sahaja yang anda ada hutang. Jangan “lari” atau tidak jawab panggilan mereka. Tunjukkan yang anda komited mahu menyelesaikan hutang-hutang anda.
5- Komit dengan mereka satu amount yang bersedia untuk bayar setiap bulan. Dan pastikan bayar. Tulis surat yang menyenaraikan bagaimana anda mampu komit membayar kepada mereka.
Apa yang tidak di sukai oleh pemberi hutang ialah bila anda mahu meminjam, muka dan senyuman anda sampai ke langit tapi selepas diberi hutang, anda kemudian hilang di sebalik awan. Amacam? Pendusta sangat! Walaupun itu bukan niat anda.
6- Operasi kurang kos perbelanjaan hidup-  Ini operasi penting, apatah lagi bila hutang dah berlambak dan kritikal, jangan dok feeling nak beraya dengan berbelanja banyak tukar langsiur, sofa, kereta, handphone. Jangan jadi bangang. Berpijaklah dibumi yang nyata. Biar susah sedikit hari ini untuk kesenangan kemudian hari. Senaraikan segala bagai kos sara hidup yang mesti dikurangkan. Kumpulkan ahli keluarga yang tinggal serumah atau mereka yang tinggal serumah dengan kita, maklumkan yang kita mahu semua orang bekerjasam kurangkan kos elektrik, air, jangan membazior makanan. Tulis notis di setiap suit letrik, contoh: “Dah buka letrik, tutuplah derr!”. Kurangkan kos minyak kereta atau tol. Rancang perjalanan dan jangan bawa kenderaan dengan laju kerana ia akan meningkatkan kos pembakaran minyak lebih 30% lebih tinggi dan risiko saman yang membazior. Potong astro kalau ada. Guna telefon prepaid, tumpang wifi jiran dengan izin. :)
7- Jual barang-barang lama atau apa sahaja yang berharga dan tidak diperlukan sekarang. Gadaikan atau jual. Jual di Mudah atau FB. Dengan tidak langsung anda sedang belajar berniaga.
8- Itu tadi operasi kurangkan kos. Operasi seterusnya, operasi tingkatkan pendapatan. Untuk tempoh jangka pendek, buat kerja part-time jika ia boleh tingkatkan pendapatan. Mohon sambung belajar atau sertai kursus, jika ia ada peruntukan saraan kos belajar ditempat anda bekerja. Tetapi pastikan ia membantu meningkatkan kualiti kerja dan pendapatan anda. Tukar kerja jika ada tempat lain yang lebih bagus dan tinggi pendapatanya.
9- Tetapi untuk strategi jangka sederhana dan panjang, anda perlu belajar berniaga dan dapatkan ilmu pelaburan. Ini strategi yang boleh buat anda bukan sahaja selesaikan masalah hutang anda tetapi Insya Allah buat anda hidup dengan tenang, masa yang lebih banyak, kewangan yang lebih baik.
10- Sedekah sebagai satu perkara wajib bagi anda walaupun sedikit tetapi konsisten. Ada seorang kawan saya, dia pernah bekerja tetapi berhenti untuk berniaga, tetapi jatuh dalam bisnesnya. Bertahun-tahun dia cuba bangkit tapi tak berapa nak jadi. Kemudian ada orang tua yang dia jumpa di sebuah masjid nasihatkan dia, anak ni pakcik lihat kusut dan susah kewangan? Kawan saya angguk. Pakcik ini nasihatkan dia, bersedekahlah sedikit duit ke, belikan makanan seperti pisang ke bagi orang makan setiap hari jumaat. Kawan saya fikir masa tu, pakcik ni gila apa? Dia dahlah banyak hutang tetapi nak belanja sedekah beli pisang setiap hari jumaat? Dia tidak ambil kisah tentang cadangan pakcik yang dia tidak kenal itu sehinggalah kemudian dia dapat tahu yang pakcik ini adalah jutawan yang tidak lagi bekerja dan setiap jumaat pakcik ini sponsor makanan di berpuluh masjid di negeri itu. Dia pun mula mencuba membeli seikat dua pisang. Ketika itu kawan saya ini perniagaannya tidaklah meningkat tetapi saya lihat dia dilorongkan untuk mengenali orang-orang yang berjaya dan dia juga mula suka belajar ilmu berniaga. Over few years, hari ini kawan saya dah pun jadi multi-millionaire. Jika anda lihat, perubahan hidup dia asbab bersedekah ini, Allah swt tidak naikkan terus bisnes dia tetapi Allah swt bukakan rezeki dia dengan ILMU kerana ilmu adalah rezeki yang boleh merubah hidup dengan izinNya, of coz disertai tindakan luar biasa.
Berniagalah kerana potensi sumber rezeki melalui perniagaan adalah lebih tinggi tidak terhad seperti bekerja Insya Allah. Tetapi pada masa yang sama, dapatkanlah ilmu dan komitedlah untuk merubah hidup kerana ia adalah satu jihad juga. Jangan takut jadi kaya kerana kekayaan kepada orang beriman lebih baik daripada miskin orang yang kufur. Orang kaya yang beriman akan menggunakan hartanya untuk memberi manfaat kepada orang lain.
Raya ini bukan tidak penting tetapi saya ingat lagi pesan seorang mentor cina saya bernama Peter satu masa dahulu ketika saya susah pada tahun 2000, masa tu dah nak raya dan saya kata saya nak raya pun tak ada duit. Dia kata, ajijan, kalau lu ada duit, hali hali pun hali raya tapi kalau lu tak ada duit, hali laya pun tak boleh laya dengan banyak duit mahu kasi olang.
#LoveYouAll
#DAO

SHARE ON:

Hii, I'm a freelance gostwritter. Setup this blog hanya untuk perkongsian informasi, luahan perasaan dan bebelan kosong semata-mata. Boleh komen kat bawah ye for any feedback (",). Chill!

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment