Bayi Besar Bukan Bermakna Sihat

Bayi besar bukan bermakna sihat....

Telah dilaporkan bahawa seorang bayi seberat 6.1 kg atau 13.47 pounds telah dilahirkan tanpa memerlukan bantuan pembedahan cesarean di Hospital University, di Leipzig Jerman pada 26 Julai 2013 yang lalu.

Ini adalah satu rekod dalam bidang perubatan untuk kelahiran bayi yang paling besar/berat tanpa melalui pembedahan di Jerman.




Ibu kepada bayi yang dinamakan sebagai Jasleen ini hanya dimasukkan ke hospital ketika hampir bersalin dan tidak diketahui bahawa beliau sebenarnya adalah pengidap Gestational Diabetes Mellitus (Kencing manis semasa hamil). 



Diabetes adalah salah satu punca yang boleh menyebabkan berat badan yang berlebihan di kalangan bayi yang baru lahir.

Pengajaran :

1-Bayi yang besar ketika lahir tidak semestinya sihat kerana ia mungkin abnormal dan bakal berhadapan dengan pelbagai masalahan lain semasa dan selepas dilahirkan.

2-Bukan semua wanita boleh melahirkan anaknya secara normal kerana saiz pelvis dan saiz bayi serta kondisi kehamilan mereka berbeza di antara satu sama lain.

3-Kalau ribuan generasi datuk nenek kita dulu telah selamat bersalin di rumah atau bersalin secara 'natural', bukan bererti semua wanita selamat untuk berbuat demikian. Apatah lagi apabila pengendali kelahiran yang mahir dan kemudahan perubatan yang optima tidak dapat dijanjikan.


Baca lagi :

http://www.allvoices.com/contributed-news/15095877-baby-jasleen-weighing-1347-pounds-heaviest-baby-born-vaginally-in-germany

http://www.patient.co.in/profiles/blogs/baby-girl-weighing-6-1-kgs-born-naturally-in-germany

http://emedicine.medscape.com/article/974230-overview

SHARE ON:

Hii, I'm a freelance gostwritter. Setup this blog hanya untuk perkongsian informasi, luahan perasaan dan bebelan kosong semata-mata. Boleh komen kat bawah ye for any feedback (",). Chill!

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment