Untuk semak peminjam PTPTN ke luar negara, black list atau tidak. KLIK DISINI

semak peminjam PTPTN ke luar negaraPTPTN: 132,801 dihalang ke luar negara

EMERLOH 10 Sept. - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengambil tindakan menyenaraihitamkan peminjam tabung itu setelah mereka dikenakan tindakan saman atau surat tuntutan (LOD).
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamad Said berkata, langkah itu akan menyaksikan tindakan dikenakan terhadap peminjam termasuk melarang mereka ke luar negara mengikut peruntukan Seksyen 22A, Akta PTPTN 1987.
Jelasnya, sehingga 31 Julai lalu, sebanyak 104,983 saman dihantar kepada peminjam atau penerima yang ingkar menjelaskan bayaran balik pinjaman tersebut.

"Tindakan ini hanya akan diambil terhadap peminjam atau penerima yang terus berdegil dan enggan membayar hutang walaupun diberikan amaran setelah beberapa kali dipanggil berunding serta diberikan peluang menyelesaikan pinjaman tersebut.
"Mulai Ogos 2008 hingga akhir Julai tahun ini juga, PTPTN telah menyenaraihitamkan dan melarang seramai 132,801 peminjam ke luar negara melalui kerjasama Jabatan Imigresen membabitkan tunggakan hutang berjumlah RM2.11 bilion," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan beliau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad di Padang Kampung Pulau Pasir Mandi, di sini hari ini.
Menurutnya, ekoran larangan itu, seramai 28,319 daripada peminjam berkenaan telah membayar balik pinjaman berjumlah RM194.60 juta.
Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 104,102 tuntutan dihantar melalui 881 panel peguam undang-undang PTPTN melibatkan jumlah pinjaman sebanyak RM1.67 bilion.
Katanya, seramai 79,669 peminjam pula mendapat perintah penghakiman bersih daripada mahkamah setelah mereka mula menjelaskan pinjaman masing-masing.
Dalam perkembangan berkaitan, Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau memberitahu, seramai 4,282 peminjam membuat pelarasan daripada sistem konvensional kepada konsep syariah atau Ujrah.
Katanya, mengikut kaedah Ujrah caj pentadbiran hanya dikenakan satu peratus sahaja berbanding konvensional iaitu sebanyak empat peratus setahun.
"PTPTN telah memulangkan semula bayaran balik berlebihan kepada peminjam terbabit berjumlah RM3.65 juta," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120911/dn_14/PTPTN-132801-dihalang-ke-luar-negara#ixzz2cU7BPHPM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

SHARE ON:

Hii, I'm a freelance gostwritter. Setup this blog hanya untuk perkongsian informasi, luahan perasaan dan bebelan kosong semata-mata. Boleh komen kat bawah ye for any feedback (",). Chill!

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment