Pubish ebook di Google Books dan Google Play sendiri

Berita baik buat mereka yang ingin menembusi pasaran antarabangsa dengan mudah. Kini ada berjuta penguna telefon pintar Android yang boleh mendapat akses kepada pasaran Google Play dan Google Books. Kini terdapat 5 ebook saya berada di sana.

Adakah ia berbayar?
Tidak. Ia adalah percuma. Apa yang perlu anda sediakan ialah ebook anda dalam format PDF atau Epub. Kemudian anda perlu sediakan ecover berbantuk flat seperti ebook ini.
ebook_google_play

Pendaftaran Sebagai Publisher
Anda boleh layari —
Daftar dengan mengunakan akaun Gmail anda dan upload ebook yang anda hasilkan. Anda boleh tentukan sendiri harga ebook yang ingin anda jual.
Berapa Royalti Bagi Penerbitan di Google Play
Ini ramai yang ingin tahu ni. Google akan ambil 50.1% daripada harga ebook anda. Jadi kita akan dapat 49% daripada harga ebook yang terjual/ Banyak juga tu. Berbeza di Amazon, penerbit boleh mendapat sehingga 70% daripada harga ebook yang mereka terbitkan. Tapi ia adalah sesuatu yang berbaloi sebab anda tidak mengeluarkan sebarang kos pun.
Kita mengunakan platform Google yang mempunyai lebih 1 Billion pengikut dan pengguna di 50 buah negara. Bukankah ia satu pasaran yang sangat besar!!!
Pasaran juga sangat besar sehingga berbillion pengguna. Dengan royalti sebanyak 49.9%, kita sudah mendapat RM4.99. Jika menerbitkan dengan penebit, royalti yang diterima adalah hanya RM0.70  jika buku anda berharga RM10. Ia sudah cukup besar untuk penerbitan sendiri. Dengan penentuan harga yang ditetapkan sendiri. Kita boleh membuat anggaran berapakah yang boleh kita dapat dengan setiap jualan yang dihasilkan menerusi Google Play dan Google Ebooks.
Dunia penerbitan Digital baru ingin bermula. Ia akan berkembang daripada masa ke semasa. Sangat rugi jika kita tidak menumpang arus yang semakin deras ini. Dengan keadaan ekonomi yang semakin mendesak. Harga barang semakin meningkat. Penerbitan Ebook adalah salah satu cara untuk mengubah hidup anda.
Dengan kos yang hampir percuma. Tiada alasan untuk anda menolak peluang yang muncul di depan mata. Cipta pendapatan pasif anda sendiri tanpa perlu meletak jawatan atau bertukar kerja.
Apa yang perlu anda lakukan ialah menulis dan terbitkannya!
Jika ada pertanyaan, silakan komen dibawah. :)
copy-paste jer... daripada Tuan Mohd Shamsuriyadi

SHARE ON:

Hii, I'm a freelance gostwritter. Setup this blog hanya untuk perkongsian informasi, luahan perasaan dan bebelan kosong semata-mata. Boleh komen kat bawah ye for any feedback (",). Chill!

2 comments:

  1. Wau..best ni..satu cabang nak sebar ilmu dan generate income sekaligus..thnks sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada satu lagi platform: ni memang entah macam mana budak ni buat...
      Sistem auto dan lagi cepaat..... terus dapat pdf.....

      http://duniabisnesmudah.blogspot.com/2014/12/sistem-auto-terus-dapat-pdf-file-ebook.html

      Delete